Perkara Yang Aku Tak Sangka, Betul Betul Terjadi

   Hai Assalamualaikum. Aku nak story sikit. Sedih story aku, tapi mungkin bagi kauorang tak sedih. Hari isnin 7/10, berlaku perkara yang aku taksangka boleh terjadi iaitu dia (bf) accident, salah aku sebab aku ada cakap dekat dia "MAMPUS KAU LAH". Kata kata itu adalah doa. Aku betul2 menyesal cakap macam tu dekat dia. Now, dia nak putus dengan aku.Tapi dia akan cakap lepas aku habis spm. So, relay aku berada dihujung tanduk, aku takut sangat. Aku memang tak ada niat pun nak cakap macam tu dekat dia, time tu aku ada masalah besar. Aku harap sangat lah dia ubah fikiran dia supaya tidak mahu putus dengan aku. Jika aku diberi peluang kedua darinya, aku akan berubah menjadi lebih baik, aku akan layan dia macam mana dia layan aku dengan penuh kemanjaan dia tu. Dia masih sayangkan aku, tapi dia nak putus dengan aku. Ya Allah, sangat2 lah menyakitkan bila dah putus tapi masih mencintai. Aku takpernah alami semua itu, sebab aku tak pernah couple dengan sesiapa selain dia. Dia cinta pertama aku. Aku ni jenis susah nak sayang kan seseorang, kalau dah sayang, aku akan sayang sampai bila2. Aku serius! Demi Allah, aku tak nak kehilangan dia."Ya Allah, aku berharap Yang Adzrul Firdaus Hafizie tu jodoh ku kerana aku sangat mencintainya kerana mu ya Allah". Setiap hari aku berdoa macam tu. Aku berharap doa tu termakbul. Jika dia bukan jodoh aku, aku berharap rasa sayang aku pada dia akan hilang dengan cepat. Sebelum aku kenal dia, aku memang tak tahu apa itu cinta, selepas aku kenal dia, aku baru tahu. Tapi kadang2 aku rasa bengang jugak dengan dia sebab ego dia tinggi. "Ego seorang lelaki boleh runtuh hanya dengan seorang perempuan yang dia sayang". Aku mengaku, ramai orang yang aku suka tapi hanya dia yang aku sayang. SUKA dan SAYANG berbeza. Okay lah, aku taknak taip panjang2, buat aku nak menangis lagi adalah. Bye!!

1 comment: