Dia Dah Meninggal Dunia!

   Pada 20 haribulan aku dah merdeka, tapi aku tak gembira sebab pada hari tu jugak aku dapat tahu dia dah takde, aku macam bermimpi saja bila dengar berita kematian dia. Aku menangis sampai harini, tapi aku cuba kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup. Ramai kawan2 aku suruh aku sabar dengan dugaan yang Alah bagi dekat aku. Ya Allah, aku sayangkan dia sangat2. Kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa? Betapa aku sayang dia. Kenapa benda ni jadi dekat aku? Aku mengaku selama aku kenal dia, aku selalu sakitkan hati dia. Tapi aku tak sedar semua itu, aku ingatkan dia selalu sakitkan hati aku. Awak, maafkan saya selama ni saya banyak sangat sakitkan hati awak. Saya masih sayangkan awak. Apa apa pun aku kena reda dengan pemergian dia buat selama lamanya. Aku kira beruntung sebab aku cinta terakhir dia. Dia lelaki yang sangat baik, bagi aku dia sempurna, susah nak cari lelaki macam dia. Dia jaga solat dia, dia tak hisap rokok, dia baik sangat wey, dia ambil berat pasal aku, walaupun aku dengan dia tak selalu berhubung. Sebelum dia pergi buat selama lamanya, dia ada hantar mesej dekat aku.


Ni mesejnya, kalau kaurang sentap bila baca ni, apatah lagi aku bila baca? Sehingga harini aku masih menangis. Tolong sedekahkan Alfatihah untuk dia, semoga dia tenang disana. Ada lagi, sebelum dia pergi, dia suruh aku hayati lagu MALAIKAT. Baru aku tahu apa maksud lagu tu. 3tahun aku bercinta dengan dia, dia banyak kali menangis kerana aku. Awak, maafkan saya awak! In shaa Allah saya akan bawa cinta kita sampai ke syurga, itu yang ada dalam lagu malaikat. 


Andai suatu hari nanti, saya jumpa seorang insan seperti awak, saya akan jaga dia dengan baik. Saya harap awak maafkan saya! :'( :'(

SPM

   Assalamualaikum, seperti yang kauorang tahu SPM tinggal lagi 12hari, aku takut wey, gila kau tak takut. Dalam 12hari untuk tentukan masa depan, kalau kita usaha in shaa allah berjaya. Aku nak berjaya, aku yakin aku boleh berjaya dan dapat keputusan yang cemerlang dan juga dapat buat ibubapa aku tersenyum melihat keputusan aku. Sejak beberapa hari ni, aku asyik pening kepala je, mak kata aku banyak membaca dengan berfikir, masalahnya aku fikir apa je? Fikir spm je lahh, maybe dengan tak perasannya aku fikir pasal DIA? hahaha, boleh pulak tak perasannya? Hahahaha, btw aku rindu dia sesangat. Tuhan, sampaikanlah rindu ku pada dirinya yang bernama Yang Adzrul Firdaus Hafizie. Eh, apasal topik dia pulak masuk, hahaha. Abaikanlah. Lepas spm, aku dengan family bercuti dekat langkawi, btw aku rasa aku dah bagitahu kan? Ehh, entah lahh abaikanlahh weyy. Aku habis spm 20/04, hari khamis, last paper sains.Tapi aku takut math aku je. Aku blur pasal math ni, sains okay lagi. Tension aku fikir pasal math tu, math tu kena ingat formula je kan? Aku ajak member2 aku buat study group, masing2 busy. Diaorang bukannya busy pun cuma diaorang takde kenderaan nak pergi library Tun Uda. Tension betul lah aku. Okay lahh bye, ID WECHAT - surxyxxx, IG - surxyxwow_.

Berakhir Sudah Hubungan Aku Dan Dia!

    Hai, assalamualaikum. Aku nak kongsi sikit story aku dan dia. Berakhir sudah hubungan aku dengan dia, ini keputusan dia untuk tinggalkan aku dengan cara baik, aku takboleh nak buat apa lah. Dia kata berat jugak dia nak buat keputusan macam ni, tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia kata lagi "sayang saya pada awak takpernah berubah dari dulu sampai sekarang", dan dia kata aku cinta terakhir dia, maybe dia taknak cari pengganti aku. Amat menyakitkan bila dah putus tapi masih mencintai, aku tersenyum sebab dia masih sayangkan aku lagi. Ya Allah, aku berharap dia lah jodoh aku. Sayang aku padanya takpernah hilang walaupun hubungan aku dan dia dah berakhir. Lagi satu aku nak bagitahu, sepanjang aku couple dengan dia, aku takpernah tahu yang dia banyak kali menangis kerana aku. Ya Allah, aku takpernah jumpa lelaki seperti dia. Aku cuba untuk untuk menjadi kawan dia. Dia pernah bahagiakan aku, tak mungkin aku akan benci dia. Dia suruh aku belajar elok2, dia kata lagi aku pasti berjaya dalam SPM nanti. Orang kata "lelaki menangis kerana orang yang dia sayang, tandanya lelaki itu betul2 setia dan sangat sayang pada kita". Lagu terakhir dari dia lagu MALAIKAT. Aku sayang sangat dekat dia. 'Terima Kasih awak sebab pernah bahagiakan saya selama ni, awak lah cinta pertama saya'.

Adik Aku!




Hello hello hellooooooo. Aku nak cerita sikit pasal adik aku ni. Umur dia 15, sepatutnya dia ambil PT3 tapi dia tak ambil sebab dia sekolah pondok (tahfiz). So, dia ambil SPM je lahh, tapi dia tak ambil SPM masa umur dia 17. Dia selalu tegur aku kalau aku tak tutup aurat or anything lah. Aku selalu gaduh dengan dia bila dia balik rumah, sampaikan aku cakap "baguslah kau takde dekat rumah ni, buat kakak sakit hati je", tapi bila dia dah balik sekolah dia ya Allah rindu gila kot dekat adik aku tu. Lupa pula nak bagitahu nama dia, nama dia Ahmad Idham, just call him AAM. Hahaha. Time ni dia tngah main handphone. Dia bukan suka pun orang ambil gambar dia. Ni pun aku ambil senyap2. Ahahaha.


Aku sayang semua adik beradik aku, ibu bapa aku lagi lah sayang. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk spm ni. Doa kan aku supaya berjaya tau.  Okay lah, tata, assalamualaikum.

Lirik Lagu Malaikat - Hazama

Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu
Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu
Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Perkara Yang Aku Tak Sangka, Betul Betul Terjadi

   Hai Assalamualaikum. Aku nak story sikit. Sedih story aku, tapi mungkin bagi kauorang tak sedih. Hari isnin 7/10, berlaku perkara yang aku taksangka boleh terjadi iaitu dia (bf) accident, salah aku sebab aku ada cakap dekat dia "MAMPUS KAU LAH". Kata kata itu adalah doa. Aku betul2 menyesal cakap macam tu dekat dia. Now, dia nak putus dengan aku.Tapi dia akan cakap lepas aku habis spm. So, relay aku berada dihujung tanduk, aku takut sangat. Aku memang tak ada niat pun nak cakap macam tu dekat dia, time tu aku ada masalah besar. Aku harap sangat lah dia ubah fikiran dia supaya tidak mahu putus dengan aku. Jika aku diberi peluang kedua darinya, aku akan berubah menjadi lebih baik, aku akan layan dia macam mana dia layan aku dengan penuh kemanjaan dia tu. Dia masih sayangkan aku, tapi dia nak putus dengan aku. Ya Allah, sangat2 lah menyakitkan bila dah putus tapi masih mencintai. Aku takpernah alami semua itu, sebab aku tak pernah couple dengan sesiapa selain dia. Dia cinta pertama aku. Aku ni jenis susah nak sayang kan seseorang, kalau dah sayang, aku akan sayang sampai bila2. Aku serius! Demi Allah, aku tak nak kehilangan dia."Ya Allah, aku berharap Yang Adzrul Firdaus Hafizie tu jodoh ku kerana aku sangat mencintainya kerana mu ya Allah". Setiap hari aku berdoa macam tu. Aku berharap doa tu termakbul. Jika dia bukan jodoh aku, aku berharap rasa sayang aku pada dia akan hilang dengan cepat. Sebelum aku kenal dia, aku memang tak tahu apa itu cinta, selepas aku kenal dia, aku baru tahu. Tapi kadang2 aku rasa bengang jugak dengan dia sebab ego dia tinggi. "Ego seorang lelaki boleh runtuh hanya dengan seorang perempuan yang dia sayang". Aku mengaku, ramai orang yang aku suka tapi hanya dia yang aku sayang. SUKA dan SAYANG berbeza. Okay lah, aku taknak taip panjang2, buat aku nak menangis lagi adalah. Bye!!

Aku Rindu Kawan-Kawan Kelas Tahun Lepas

SPM hampir tiba, 3/11/2014 adalah tarikhnya. Ya Allah takutnya aku, aku takut aku gagal dalam SPM, tapi aku nak tengok ibubapa aku tersenyum melihat keputusan SPM aku. Jadi, aku kena usaha lebih. Aku berharap sangat yang aku lulus dalam SPM ni. 




Video ni kelakar bhai, semua kena kecuali aku dengan idham yang rakam. Video ni aku dan kawan-kawan kelas aku tahun lepas (2013), masa ni sangat-sangat gembira. Aku tak akan lupakan masa ni. Aku juga rindu dengan diaorang semua ni. Hmm, tahun depan mybe dah tak jumpa diaorang lagi. Hmm. 


Cantik naim tangkap gambar ni, masa ni dekat Tasik Shah Alam. Aku taktahu nak story apa lagi sebab aku dengan diaorang dah tak rapat dan tahun ni kitaorang berlainan kelas. Yang paling kelakar diantara diaorang semua adalah nizam, dia memang kelakar sampaikan orang yang tak kenal pun tergelak juga dengan lawak bodoh dia tu. Lagi satu yusof dan izzati  best friend aku. Aku sayang diaorang semua.

Good Daughter Hana

Good Daughter, Hana.

Siapa suka tengok cerita ni ? Best kan ? Aku rasa tak sabar jugak nak tengok episod last cerita ni . Seorang perempuan yang pura pura jadi seorang lelaki demi keluarganya. Sedih lah jugak tengok cerita ni . Kan ? Aku benci keluarga Ra gong, pentingkan diri sendir, hidup diaorang nak mewah je. 


Sinopsis

Jang Ha Na (Park Han Byul) adalah cucu kepada datuknya dari keluarga yang telah membuat kicap selama 400 tahun . Dia berpura pura menjadi seperti seorang lelaki kerana mahu membantu ibu dan kakaknya yang dalam kesusahan . Dia menyimpan rahsianya sebagai seorang perempuan hampir 20tahun . Keluarga mereka memerlukan seorang pewaris lelaki untuk menjadi pengerusi di syarikat kicap mereka . Jang Ha Na terjumpa seorang lelaki yang bernama Sul Do Hyun (Jung Eun Woo) , Do Hyun jatuh cinta pada Ha Na , Ha Na juga jatuh cinta padanya . Do Hyun tidak tahu yang Ha Na itu adalah seorang perempuan . Dalam masa yang sama , Ha Na terjumpa seorang lelaki yang bernama Han Yoon Chan (Lee Tae Gon) , Yoon Chan juga jatuh cinta pada Ha Na serta dia sudah mengetahui bahawa Ha Na adalah seorang perempuan tetapi dia tidak memberitahu pada sesiapa yang Ha Na itu seorang perempuan . Jang Ra Hee (Yoon Se In) pula adalah kakak tiri Ha Na , dia seorang yang pentingkan diri sendiri . Dia jatuh cinta pada Do Hyun dan akhirnya mereka berkahwin tetapi Do Hyun tidak gembira kerana dia terpaksa berkahwin dengan Ra Hee . 



Jan Hana


Han Yoon Chan


Jang Ra Hee


Seol Do Hyun

.Setiap hari isnin hingga jumaat pukul 10.15malam.
.Channel 393 (ONE HD).
.2 episod berturut - turut.




#GoodDaughterHana

2PM

Aku minat gila 2PM, ahli kumpulan diaorang yang paling aku minat Nickhun, comel dia. hahaha. 

Lagu diaorang yang aku minat HEARTBEAT. Best kodd. 


Mulanya aku tak minat k-pop k-pop ni, suatu hari kawan (farah) aku datang rumah aku, time tu kitaorang tengok tv, dia record running man then dia cakap 'best running man ni', aku cakap lahh 'tak best lahh'. Lepastu, malam tu jugak aku tengok running man. Bila aku tengok tergelak gelak aku sampai tak ingat yang aku kata dekat farah running man ni tak best lahh. Lusanya sekolah, aku bagitahu farah yang running man tu best lahh. hahaha. Kebetulan pula masa running man yang aku tengok tu ada ahli kumpulan 2PM. Aku tanya farah pasal ahli kumpulan yang datang running man tu. Dia kata tu kumpulan 2PM. Okay, aku search dekat google dapat maklumat pasal 2PM ni. Kebetulan pula, kakak sedara aku punn minat 2PM ni, semua video dan lagu-lagu 2PM kakak sedara aku download dekat phone dia. 


Sekarang ni pun aku akan download video lagu 2PM dekat lappy aku, best dengar lagu 2PM ni. hahaha. Nama ahli kumpulan 2PM Nickhun, Taecyeon, Chansung, Wooyoung, Junsu, Junho.

About Me





About The Owner




  • Nama                   :     Siti Suraya Binti Saimin
  • Nama Panggilan         :     Sue
  • Umur                   :           17 Tahun
  • Tempat Tinggal         :           Shah Alam, Malaysia
  • Tarikh Lahir           :     4/11/1997
  • Warna Kesukaan         :     Merah Jambu, Merah, Ungu
  • Bilangan Adik Beradik  :           6
  • Anak Ke                :     4
  • Tinggi                 :          166cm

Contact Me On



  •    Facebook    :     Siti Suraya
  •    Twitter     :  @KakYongDriver
  •    Askfm       :  @surayawOw
  •    Gmail       :  saiminsuraya@gmail.com 

Lirik Lagu It Will Rain - Bruno Mars

If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door,
Cause it would take a whole lot of medication,
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.

There's no religion that could save me,
No matter how long my knees are on the floor, oh,
So keep in mind all the sacrifices I'm making,
To keep you by my side
And keep you from walking out the door.

Cause there'll be no sunlight,
If I lose you, baby,
There'll be no clear skies,
If I lose you, baby,
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away,
Everyday, it will rain, rain, rain.


I'll never be your mother's favorite,
ah ,Your daddy can't even look me in the eye,
Oooh if I was in their shoes, I'd be doing the same thing,
Saying there goes my little girl,
walking with that troublesome guy,
But they're just afraid of something they can't understand,
Oooh well little darling watch me change their minds,
Yeah for you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try,
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding,
If that'll make you mine.


Cause there'll be no sunlight,
if I lose you, baby,
There'll be no clear skies,
if I lose you, baby,
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away,
Everyday, it will rain, rain, rain.

Ooooh Don't just say, goodbye, 

don't just say, goodbye,
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding,
If that'll make it right.


Cause there'll be no sunlight,
if I lose you, baby,
There'll be no clear skies,
if I lose you, baby,
And just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away,
Everyday, it will rain,
rain, rain, rain...ohhhhhhhhhh.