Showing posts with label ceritaaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaaku. Show all posts

Dia Dah Meninggal Dunia!

   Pada 20 haribulan aku dah merdeka, tapi aku tak gembira sebab pada hari tu jugak aku dapat tahu dia dah takde, aku macam bermimpi saja bila dengar berita kematian dia. Aku menangis sampai harini, tapi aku cuba kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup. Ramai kawan2 aku suruh aku sabar dengan dugaan yang Alah bagi dekat aku. Ya Allah, aku sayangkan dia sangat2. Kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa? Betapa aku sayang dia. Kenapa benda ni jadi dekat aku? Aku mengaku selama aku kenal dia, aku selalu sakitkan hati dia. Tapi aku tak sedar semua itu, aku ingatkan dia selalu sakitkan hati aku. Awak, maafkan saya selama ni saya banyak sangat sakitkan hati awak. Saya masih sayangkan awak. Apa apa pun aku kena reda dengan pemergian dia buat selama lamanya. Aku kira beruntung sebab aku cinta terakhir dia. Dia lelaki yang sangat baik, bagi aku dia sempurna, susah nak cari lelaki macam dia. Dia jaga solat dia, dia tak hisap rokok, dia baik sangat wey, dia ambil berat pasal aku, walaupun aku dengan dia tak selalu berhubung. Sebelum dia pergi buat selama lamanya, dia ada hantar mesej dekat aku.


Ni mesejnya, kalau kaurang sentap bila baca ni, apatah lagi aku bila baca? Sehingga harini aku masih menangis. Tolong sedekahkan Alfatihah untuk dia, semoga dia tenang disana. Ada lagi, sebelum dia pergi, dia suruh aku hayati lagu MALAIKAT. Baru aku tahu apa maksud lagu tu. 3tahun aku bercinta dengan dia, dia banyak kali menangis kerana aku. Awak, maafkan saya awak! In shaa Allah saya akan bawa cinta kita sampai ke syurga, itu yang ada dalam lagu malaikat. 


Andai suatu hari nanti, saya jumpa seorang insan seperti awak, saya akan jaga dia dengan baik. Saya harap awak maafkan saya! :'( :'(

SPM

   Assalamualaikum, seperti yang kauorang tahu SPM tinggal lagi 12hari, aku takut wey, gila kau tak takut. Dalam 12hari untuk tentukan masa depan, kalau kita usaha in shaa allah berjaya. Aku nak berjaya, aku yakin aku boleh berjaya dan dapat keputusan yang cemerlang dan juga dapat buat ibubapa aku tersenyum melihat keputusan aku. Sejak beberapa hari ni, aku asyik pening kepala je, mak kata aku banyak membaca dengan berfikir, masalahnya aku fikir apa je? Fikir spm je lahh, maybe dengan tak perasannya aku fikir pasal DIA? hahaha, boleh pulak tak perasannya? Hahahaha, btw aku rindu dia sesangat. Tuhan, sampaikanlah rindu ku pada dirinya yang bernama Yang Adzrul Firdaus Hafizie. Eh, apasal topik dia pulak masuk, hahaha. Abaikanlah. Lepas spm, aku dengan family bercuti dekat langkawi, btw aku rasa aku dah bagitahu kan? Ehh, entah lahh abaikanlahh weyy. Aku habis spm 20/04, hari khamis, last paper sains.Tapi aku takut math aku je. Aku blur pasal math ni, sains okay lagi. Tension aku fikir pasal math tu, math tu kena ingat formula je kan? Aku ajak member2 aku buat study group, masing2 busy. Diaorang bukannya busy pun cuma diaorang takde kenderaan nak pergi library Tun Uda. Tension betul lah aku. Okay lahh bye, ID WECHAT - surxyxxx, IG - surxyxwow_.

Berakhir Sudah Hubungan Aku Dan Dia!

    Hai, assalamualaikum. Aku nak kongsi sikit story aku dan dia. Berakhir sudah hubungan aku dengan dia, ini keputusan dia untuk tinggalkan aku dengan cara baik, aku takboleh nak buat apa lah. Dia kata berat jugak dia nak buat keputusan macam ni, tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia kata lagi "sayang saya pada awak takpernah berubah dari dulu sampai sekarang", dan dia kata aku cinta terakhir dia, maybe dia taknak cari pengganti aku. Amat menyakitkan bila dah putus tapi masih mencintai, aku tersenyum sebab dia masih sayangkan aku lagi. Ya Allah, aku berharap dia lah jodoh aku. Sayang aku padanya takpernah hilang walaupun hubungan aku dan dia dah berakhir. Lagi satu aku nak bagitahu, sepanjang aku couple dengan dia, aku takpernah tahu yang dia banyak kali menangis kerana aku. Ya Allah, aku takpernah jumpa lelaki seperti dia. Aku cuba untuk untuk menjadi kawan dia. Dia pernah bahagiakan aku, tak mungkin aku akan benci dia. Dia suruh aku belajar elok2, dia kata lagi aku pasti berjaya dalam SPM nanti. Orang kata "lelaki menangis kerana orang yang dia sayang, tandanya lelaki itu betul2 setia dan sangat sayang pada kita". Lagu terakhir dari dia lagu MALAIKAT. Aku sayang sangat dekat dia. 'Terima Kasih awak sebab pernah bahagiakan saya selama ni, awak lah cinta pertama saya'.

Adik Aku!




Hello hello hellooooooo. Aku nak cerita sikit pasal adik aku ni. Umur dia 15, sepatutnya dia ambil PT3 tapi dia tak ambil sebab dia sekolah pondok (tahfiz). So, dia ambil SPM je lahh, tapi dia tak ambil SPM masa umur dia 17. Dia selalu tegur aku kalau aku tak tutup aurat or anything lah. Aku selalu gaduh dengan dia bila dia balik rumah, sampaikan aku cakap "baguslah kau takde dekat rumah ni, buat kakak sakit hati je", tapi bila dia dah balik sekolah dia ya Allah rindu gila kot dekat adik aku tu. Lupa pula nak bagitahu nama dia, nama dia Ahmad Idham, just call him AAM. Hahaha. Time ni dia tngah main handphone. Dia bukan suka pun orang ambil gambar dia. Ni pun aku ambil senyap2. Ahahaha.


Aku sayang semua adik beradik aku, ibu bapa aku lagi lah sayang. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk spm ni. Doa kan aku supaya berjaya tau.  Okay lah, tata, assalamualaikum.

Perkara Yang Aku Tak Sangka, Betul Betul Terjadi

   Hai Assalamualaikum. Aku nak story sikit. Sedih story aku, tapi mungkin bagi kauorang tak sedih. Hari isnin 7/10, berlaku perkara yang aku taksangka boleh terjadi iaitu dia (bf) accident, salah aku sebab aku ada cakap dekat dia "MAMPUS KAU LAH". Kata kata itu adalah doa. Aku betul2 menyesal cakap macam tu dekat dia. Now, dia nak putus dengan aku.Tapi dia akan cakap lepas aku habis spm. So, relay aku berada dihujung tanduk, aku takut sangat. Aku memang tak ada niat pun nak cakap macam tu dekat dia, time tu aku ada masalah besar. Aku harap sangat lah dia ubah fikiran dia supaya tidak mahu putus dengan aku. Jika aku diberi peluang kedua darinya, aku akan berubah menjadi lebih baik, aku akan layan dia macam mana dia layan aku dengan penuh kemanjaan dia tu. Dia masih sayangkan aku, tapi dia nak putus dengan aku. Ya Allah, sangat2 lah menyakitkan bila dah putus tapi masih mencintai. Aku takpernah alami semua itu, sebab aku tak pernah couple dengan sesiapa selain dia. Dia cinta pertama aku. Aku ni jenis susah nak sayang kan seseorang, kalau dah sayang, aku akan sayang sampai bila2. Aku serius! Demi Allah, aku tak nak kehilangan dia."Ya Allah, aku berharap Yang Adzrul Firdaus Hafizie tu jodoh ku kerana aku sangat mencintainya kerana mu ya Allah". Setiap hari aku berdoa macam tu. Aku berharap doa tu termakbul. Jika dia bukan jodoh aku, aku berharap rasa sayang aku pada dia akan hilang dengan cepat. Sebelum aku kenal dia, aku memang tak tahu apa itu cinta, selepas aku kenal dia, aku baru tahu. Tapi kadang2 aku rasa bengang jugak dengan dia sebab ego dia tinggi. "Ego seorang lelaki boleh runtuh hanya dengan seorang perempuan yang dia sayang". Aku mengaku, ramai orang yang aku suka tapi hanya dia yang aku sayang. SUKA dan SAYANG berbeza. Okay lah, aku taknak taip panjang2, buat aku nak menangis lagi adalah. Bye!!

Aku Rindu Kawan-Kawan Kelas Tahun Lepas

SPM hampir tiba, 3/11/2014 adalah tarikhnya. Ya Allah takutnya aku, aku takut aku gagal dalam SPM, tapi aku nak tengok ibubapa aku tersenyum melihat keputusan SPM aku. Jadi, aku kena usaha lebih. Aku berharap sangat yang aku lulus dalam SPM ni. 




Video ni kelakar bhai, semua kena kecuali aku dengan idham yang rakam. Video ni aku dan kawan-kawan kelas aku tahun lepas (2013), masa ni sangat-sangat gembira. Aku tak akan lupakan masa ni. Aku juga rindu dengan diaorang semua ni. Hmm, tahun depan mybe dah tak jumpa diaorang lagi. Hmm. 


Cantik naim tangkap gambar ni, masa ni dekat Tasik Shah Alam. Aku taktahu nak story apa lagi sebab aku dengan diaorang dah tak rapat dan tahun ni kitaorang berlainan kelas. Yang paling kelakar diantara diaorang semua adalah nizam, dia memang kelakar sampaikan orang yang tak kenal pun tergelak juga dengan lawak bodoh dia tu. Lagi satu yusof dan izzati  best friend aku. Aku sayang diaorang semua.

Memperkenalkan Diri, Cinta Aku Dan Manusia Yang Bermasalah

   Aku perkenalkan diri dengan panggilan mesra sue. Mempunyai 6 adik beradik. Anak ke-4. Berumur 17 tahun. Stay Shah Alam. Cinta menguasai diri aku. Jujur aku cakap, masa umur aku 15 tahun aku taktahu apa itu cinta, setelah aku bercinta dengan seorang lelaki yang bernama YANG aku tahu apa itu cinta sebenar. Walaupun aku dengan dia bercinta jarak jauh, aku tetap setia dengan dia. Dia mungkin juga setia dengan aku. Ermmm, semalam text dia sebab dia mungkin rindu aku lah. Kalau dia tak rindu, mungkin dia tak akan text aku. Hmmm, apa boleh buat kan. Dia orang pertama yang aku bercinta, dia juga cinta pertama aku. Aku susah nak sayangkan seseorang itu, kalau aku dah sayang, sayang sampai bila-bila lah. Dialah orangnya. Aku sayang dia sangat-sangat, aku taknak putus dengan dia. Aku sentiasa berdoa pada Allah semoga dialah jodohku. Aku dengan dia sekejap baik sekejap gaduh! Apa boleh buat, aku nak mengalah kalau bergaduh dengan dia tapi dia berkeras nak salahkan aku juga. Aku tengok kawan-kawan facebook aku semuanya updates status berkenaan cinta, tapi bila baca status diaorang berulang kali kebanyakkannya rasa macam diaorang taktahu cinta sebenar. Perlu ke nak menunjuk yang kita ada boyfriend/girlfriend di laman sosial?? Bila kita cakap kita ada bf/gf kita dibahan oleh kawan-kawan. Bila kita cakap kita takada bf/gf kita dikatakan taklaku lah. Mana satu ni. Diaorang tak fikir kalau ada orang buat diaorang macam tu, apa diaorang rasa??? Mesti sakit hati kan?? Itu lah manusia, takpuas nak cari kesalahan orang. Itu saja lah. Okay Bye. Assalamualaikum :).