Dia Dah Meninggal Dunia!

   Pada 20 haribulan aku dah merdeka, tapi aku tak gembira sebab pada hari tu jugak aku dapat tahu dia dah takde, aku macam bermimpi saja bila dengar berita kematian dia. Aku menangis sampai harini, tapi aku cuba kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup. Ramai kawan2 aku suruh aku sabar dengan dugaan yang Alah bagi dekat aku. Ya Allah, aku sayangkan dia sangat2. Kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa? Betapa aku sayang dia. Kenapa benda ni jadi dekat aku? Aku mengaku selama aku kenal dia, aku selalu sakitkan hati dia. Tapi aku tak sedar semua itu, aku ingatkan dia selalu sakitkan hati aku. Awak, maafkan saya selama ni saya banyak sangat sakitkan hati awak. Saya masih sayangkan awak. Apa apa pun aku kena reda dengan pemergian dia buat selama lamanya. Aku kira beruntung sebab aku cinta terakhir dia. Dia lelaki yang sangat baik, bagi aku dia sempurna, susah nak cari lelaki macam dia. Dia jaga solat dia, dia tak hisap rokok, dia baik sangat wey, dia ambil berat pasal aku, walaupun aku dengan dia tak selalu berhubung. Sebelum dia pergi buat selama lamanya, dia ada hantar mesej dekat aku.


Ni mesejnya, kalau kaurang sentap bila baca ni, apatah lagi aku bila baca? Sehingga harini aku masih menangis. Tolong sedekahkan Alfatihah untuk dia, semoga dia tenang disana. Ada lagi, sebelum dia pergi, dia suruh aku hayati lagu MALAIKAT. Baru aku tahu apa maksud lagu tu. 3tahun aku bercinta dengan dia, dia banyak kali menangis kerana aku. Awak, maafkan saya awak! In shaa Allah saya akan bawa cinta kita sampai ke syurga, itu yang ada dalam lagu malaikat. 


Andai suatu hari nanti, saya jumpa seorang insan seperti awak, saya akan jaga dia dengan baik. Saya harap awak maafkan saya! :'( :'(

No comments:

Post a Comment